Saturday, June 26, 2010

SPF? Apa yang penting sangat??

Banyak orang tidak memakai UV cream kerana alasan kosmetik dan ekonomi atau mereka menggunakan cuma sedikit UV cream sehingga tidak mencapai faktor perlindungan surya (SPF). Apa itu SPF?

SPF
SPF adalah “short form” dari Suncreen Protection Factor atau faktor pelindung dari sinar matahari. Setiap produk kosmetik dan UV cream biasanya mencantumkan angka yang menunjukkan tingkat SPF, misalnya SPF 15, SPF 30, dan seterusnya. Tingkatan SPF menentukan waktu perlindungan bagi kulit anda berada di bawah sinaran matahari. Misalnya UV cream dengan SPF 15 bererti kulit anda akan dilindungi selama 15 kali lebih lama dari daya tahan semulajadi kulit anda. Jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan selepas 10 minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai UV cream SPF 15, kulit anda terlindung selama 15x10 minit iaitu 150 minit.

Hmmm.... baru i tau... sebelum ni, i sendiri pun memang tak ambik berat langsung.

No comments: